Selamat Datang Ke Laman Blog Wanda Style...

Rabu, 21 November 2012

Puding Triffle




Bahan-bahan untuk Puding Triffle :

  1. Kek gulung
  2. Tepung kastard ( Bird's custard )
  3. 1 Tin susu cair Ideal
  4. Jelly Nona
  5. Coctail campuran
  6. Gula
  7. Air

Cara-caranya :

 1) Potong kek gulung sebanyak yang boleh tapi jangan nipis. 

 2) Susun kek gulung ke dalam bekas yang lutsinar
( supaya nampak cantik bila dah siap nanti )

 3) Masukkan 1 tin susu cair Ideal ke dalam periuk dan masukkan 1 setengah tin air ke dalam periuk yang sama dengan menggunakan sukat tin yang sama.

 4) Masukkan 7 sudu besar tepung kastard ke dalam campuran susu dan air tadi.

 5) Jangan membukit, biarkan rata je dengan sudu,kalau terlebih takut terkeras nanti.

 6) Masukkan 5 sudu besar gula, sama juga dengan langkah ke 5 tadi,
jangan membukit takut termanis sebab kek gulung pun dah rasa manis.

 7) Kacau campuran tadi sehingga larut, letakkan campuran tadi atas api yang kuat, kacau selama 10 minit.

9) Kecilkan api dan kacau selama 45 minit dan diulangi 45 minit .


10) Matikan api dan tuangkan ke atas kek yang telah disusun tadi, biarkan kek tenggelam dan sejukkan selama 10 minit .


11) Ambil Isi buah- buahan coctail sahaja.

 12) Selepas dah pejal, Taburkan coctail buah-buahan tadi ke atas kastard.

 12) Larutkan jelly ke dalam 400ml air panas, tak payah masak atas dapur.

13) Tuangkan atas campuaran lapisan kek, kastard dan coctail tadi.
Siap dihidang.

14) Nak nampak menarik, gunakan bekas yang menarik  untuk hidangan Triffel anda.

15)  Kalau nak kastard taknak jelly pun tak apa? Hiaskan buah-buahan yang segar seperti Strawberry, kiwi, Berry dan plum.

12) Rasa ada bajet lebih nak lawa lagi, cuma beli
"Whipping Cream".Sapu dan hias mengikut kreativiti anda.
Memang berbaloi...

 

 "SELAMAT MENCUBA"

Kalau jadi...Tengok tangan lerrr

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan