Selamat Datang Ke Laman Blog Wanda Style...

Selasa, 20 November 2012

Puding Laici Dangdut



Bahan-bahan untuk Puding Laici Dangdut :

  1. 10 gm serbuk agar-agar atau packet agar-agar 28gm
  2. 2 Tin laici
  3. 2 Cawan gula
  4. 2 Liter air
  5. 1 tin susu ideal

Cara-caranya :

1) Masukkan 1 bungkus agar-agar.


2) Masukkan juga 2 liter air ke dalam periuk dan panaskan

3) Tunggu sampai semuanya larut

4) Ambil  2 cawan gula
5) Masukkan gula, bila semua agar-agar tadi telah larut.

6) Tutupkan api, masukkan air laici sahaja.


7) Buah laici keluarkan dahulu, ketepikan.



8) Masukkan pula susu cair, tak kira jenama apa janji susu cair

9) Kacau rata dan tapiskan untuk mendapat agar-agar yang halus

10) Potong buah laici tadi dan masukkan ke dasar bekas

11) Susun buah laici tadi mengikut kreativiti sendiri

12) Tuangkan agar-agar tadi ke dalam dulang yang dikhaskan
13) Taburkan buah laici diatas  supaya ia nampak menarik dan masukkan ke dalam peti sejuk.

 
14) Sedia dihidang

"SELAMAT MENCUBA"

Kalau menjadi...Tengok tangan lerr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan