Selamat Datang Ke Laman Blog Wanda Style...

Isnin, 19 November 2012

Sizzling Yee Mee




Bahan-bahan untuk Sizzling Yee Mee:


  1. 1 Sanggul yee mee ( gulung ) .
  2. 2 Bawang putih
  3. 3 Biji cendawan shitake  ( cendawan kering )
  4. 1 Ketul dada ayam
  5. 3 Biji cili kering
  6. 2 Sudu besar sos tiram
  7. 3 Sudu besar kicap cair
  8. 1 Sudu besar kicap pekat
  9. 1/2 Halia ( hirirs nipis )
  10. Serbuk lada hitam
  11. Garam ( secukup rasa )
  12. Beberapa titik minyak bijan
  13. 1 Sudu besar tepung jagung ( dibancuh dengan sedikit air )
  14. Minyak
  15. Sayur sawi

Cara-  caranya :

1) Masukkan  bawang putih, cili kering dan halia.

2)Tumiskan sehingga naik bau..

 
3) Masukkan ayam yang telah dipotong.

.
4) Masukkan 2 cawan air.

5) Masukkan pula sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan juga serbuk lada hitam. Biarkan mendidih

6) Ambil cendawan shitake yang telah direndam.

7) Potong 2 atau 4 bahagian.

8) Masukkan cendawan serta sayur sawi yang telah dipotong tadi. Tunggu dalam 2,3 minit,masukkan tepung jagung dan kacau  sehingga pekat.Titikkan minyak bijan ( jangan terlalu banyak )

9) Akhir sekali masukkan 1 sanggul yee mee.

10) Masukkan ke dalam kuali dan biarkan dalam 2 minit.

11) Sedia dihidang.

"SELAMAT MENCUBA" 

Kalau menjadi...Tengok tangan lerr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan