Selamat Datang Ke Laman Blog Wanda Style...

Selasa, 11 Disember 2012

Crepe Durian


Bahan-bahan Crepe Durian :

  1. Isi Durian.
  2. 50 gram Tepung Gandum
  3. 1 penutup  esen vanilla
  4. pewarna kuning
  5. 1 sudu besar tepung ubi kayu
  6. 3 biji telur
  7. 3 sudu teh butter
  8. 160ml air
  9. 2 sudu besar gula halus

Cara-caranya :

Dalam bekas, campurkan tepung gandum dan tepung ubi.

Masukkan sekali gula halus atau gula caster.
Kacau dalam bekas yang disediakan dan campurkan

Masukkan susu cair tak kira susu ideal atau susu fresh  milk pun boleh

Campurkan ke dalam bekas tadi

Kacau hingga sebati dengan menggunakan whisker


Selepas tu ,ambil 1 biji telur atau 3 biji ,pecahkan dan kacau menggunakn garfu terlebih dahulu..kacau gitu-gitu je tak perlu pukul sampai kembang
 
Masukkan telur dan kacau hingga sebati

Seterusnya, masukkan esen vanila dan kacau..lagi


Masukkan pula air..kacau lagi

3 sudu teh/kecil butter ...kemudian cairkan terlebih dahulu

Selepas tu, masukkan butter cair tadi dan kacau

Adunan yang dah sebati

Last step, sila tapiskan adunan tersebut
Sediakan kuali anti lekat ( non-stick pan ) panaskan dengan menggunakan api yang kecil.

Kemudian, ambil sesenduk kecik adunan tuangkan...


Masak sampai bahagian bawah adunan tu macam nak  kering ..kering tau ,bukan hangit..adunan ni jangan di terbalikkan masa proses memasak 

Bila dah masak,korang lekangkan  crepe tu dengan sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dengan cara terbalikkan  macam gambar diatas
Hasilnya permukaan crepe yang kering di bahagian atas yang licin di bahagian bawah..pi sambung masak lagi sampai adunan habis

Letakkan pinggan berasingan supaya tak lekat bila kita ambil nanti
Gunakan whipping krim tak payah tambah gula sebab dah manis dah
Putar whipping krim/fresh cream sampai kental....siap

Ambil dalam satu sudu kecil isi durian gred A

Memula, letak sesudu kecil whipping cream, isi durian di tengah dan akhir sekali lapiskan semula dengan krim takyak banyak-banyak karang susah nak balut.
Pastu, tarik kulit kiri dan kanan dengan berhati-hati
Pastu tarik kulit crepe bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas paham kan ???
Kemudian, terbalikkan dan ni hasilnya
Siap dihidang
Kalau nak comel lagi kalau nak letak papercup size besar
jangan lupa letak kat peti ais barulah rasa nyam-nyam

SELAMAT MENCUBA

Kalau jadi, Tengok tangan lerr


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan