Selamat Datang Ke Laman Blog Wanda Style...

Rabu, 14 November 2012

Kuih Gelang

  


Bahan-bahan Untuk Kuih Gelang:

  1. 7 Biji Ubi keledek.
  2. Tepung Gandum.
  3. 1 Cawan  Gula.
  4. Garam
  5. Minyak
  6. Air 

Cara-caranya :

1) Mula-mula kupaskan kesemua kulit ubi keledek.

 2) Agak-agak dah nampak putih berseri tu,bolehlah cuci dulu ye..

 3) Isikan air bersama garam dan ubi keledek tadi ke dalam periuk dan rebus sampai empuk.

 4) Dah rasa empuk,pakai anak lesung dan ketuk sampai lumat hingga hancur sebati

5) Tak kiralah nak pakai tepung gandum jenama apa,jangan beli tepung jagung sudah lerr....


 6) Campurkan tepung gandum ke dalam ubi keledek tadi, sedikit demi sedikit dan gaul hingga sebati.

7)  Dah rasa boleh uli tu, jangan lupa buat bebola kecik .


 8) Leperkan sikit dan tekan mengunakan jari ikut bentuk " O" ok.

 9) Selepas tu, panaskan kuali dan masukkan hingga masak warna kekuningan.

 10) Dah siap masak ketepikan dulu, Toskan sehingga minyak menjadi kering.

 11) Panaskan kuali,masukkan 1 cawan gula dan air sedikit sampai  nampak  putih meleket.

 12) Masukkan kuih tadi kedalam kuali,gaul sampai sebati.

 13) Gaulkan kuih gelang tadi sampai nampak gula menjadi putih.

14) Dah siap, sedia dihidang. 

"SELAMAT MENCUBA"
kalau jadi, tengok tangan lerrr....????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan