Selamat Datang Ke Laman Blog Wanda Style...

Jumaat, 13 Julai 2012

Petua Penjagaan Barang !





Nasihat Petua - Petua Orang Tua Kata :


3 Cara Mengelakkan Kuali tidak hitam dan berminyak :


Cara 1 - Sebelum memasak, ambil sedikit minyak kelapa dan sapu dibahagian luar kuali dengan menggunakan minyak kelapa.

Cara 2 - Sebelum memasak, bancuh tepung (apa - apa je ) dengan air sedikit supaya pekat .kemudian lumurkan dibahagian luar kuali.

Cara 3 - Satu lagi cara yang selalu digunakan ialah dengan melumurkan surat khabar dengan minyak ( apa-apa je ),kemudian lekatkan dibahagian luar kuali.

Cara Menanggalkan Kesan kotoran pada Seterika :


Gosokkan seterika anda yang panas di atas sehelai daun pisang. Hasilnya seterika dapat digunakan semula dengan licin dan sempurna.

Membersihkan Batu Lesung :


Batu Tumbuk yang baru dibeli selalunya berpasir. Cara Untuk menghilangkannya ialah dengan menumbuk dahulu dengan hampas kelapa. Setelah itu, basuhkan dengan air. Batu tumbuk ini pasti tidak berpasir bila digunakan semula.

Membersihkan Cerek :


Untuk menghilangkan mendapan kapur dalam cerek, ikuti petua ini :- Isikan air dan cuka dalam cerek dengan sukatan yang sama. Didihkan dan biarkan semalaman. Mendapan kapur akan tanggal dan cerek kembali bersih.Untuk membersihkan cerek yang diperbuat daripada aluminum, campurkan sedikit asam jawa dengan air. Biarkan seketika dan dibasuh.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan